3 Faktor Penting Pengguna Membeli dari Anda

Landing Page atau Surat Jualan adalah nadi utama untuk menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk anda. Tujuan utama surat jualan adalah untuk menjual sesuatu produk. Surat jualan adalah umpama jurucakap kepada perniagaan anda atau kata-kata peribadi anda kepada pelanggan.

Terdapat 3 perkara penting yang sering menjadi keutamaan pengguna sebelum membeli sesuatu produk dan perkara ini perlu anda jelaskan pada surat jualan anda.

Mengapa saya perlu beli produk anda? Apakah kebaikannya untuk saya?

Manusia mempunyai sikap semulajadi yang mementingkan diri sendiri. Mereka tidak mahu tahu perkara-perkara remeh, apa yang penting adalah apa yang akan mereka dapat, apa kebaikan untuk mereka.

Ini adalah persoalan penting yang perlu anda jelaskan dengan terperinci. Jika sesuatu produk itu tidak memberikan sebarang kebaikan kepada pengguna, mereka sama sekali tidak akan membeli. Oleh itu tunjukkan mereka kebaikan-kebaikan produk anda dan apakah yang akan pelanggan perolehi dengan membeli produk anda.

Senaraikan kebaikan-kebaikan produk anda dalam bentuk bullet point. Berikan penerangan dalam bentuk ringkas dan padat. Manusia kebiasaannya malas membaca content yang berjela-jela atau meleret-leret

Mengapa perlu saya beli dari anda?

Pelawat yang mengunjungi laman web anda mungkin pertama kali menemui laman web anda. Mereka sama sekali tidak mengenali anda. Bagaimana untuk anda meyakinkan pelawat tersebut membeli dari anda. Bagaimana untuk meyakinkan mereka bahawa produk anda benar-benar bagus seperti yang anda nyatakan.

Disinilah pentingnya kredibiliti pada diri anda dan juga laman web anda. (sila rujuk – Membina Website yang Mampu Menjual)

Mengapa saya perlu bayar pada harga …………… ?

Apa yang membuatkan produk anda begitu istimewa sehingga pelaggan sanggup membayar harga yang anda tetapkan. Mungkin terdapat persaingan mengenai produk anda. Anda perlu menunjukkan bahawa pelanggan akan mendapat lebih daripada apa yang mereka bayar.

Sebagai contoh, anda boleh mengatakan bahawa pelanggan akan dapat menjimatkan wang sebanyak RM1,000 setahun dengan menggunakan alat penjimat minyak yang anda jual setelah ditolak harga produk sebanyakRM250 (contoh jika anda menjual alat penjimat minyak).

Anda juga boleh menunjukkan bahawa produk anda lebih berkualiti dari produk-produk lain dengan menunjukkan laporan makmal , laporan SIRIM dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *